=========>>------------TAZKiRAH-

HTML Tag Reference

Rabu, 24 September 2008

Sinar Ramadan: Menilai kualiti puasa pada akhir Ramadan

PADA hari penghujung Ramadan ini setiap Muslim sewajarnya bermuhasabah
dan menilai diri terhadap ibadat puasa yang dilaksanakan. Persoalannya
apakah ibadat puasa kali ini benar-benar mencapai matlamat ditetapkan
Allah iaitu untuk melahirkan insan bertakwa? Apakah setiap Muslim
dapat meraih darjat insan bertakwa dan akhirnya kembali kepada fitrah
selepas sebulan penuh berpuasa Ramadan?

Perlu diinsafi bahawa nilai dalam ibadat puasa jika dapat digunakan
dengan penuh istiqamah, ikhlas dan sabar pada bulan berikutnya, maka
dia sudah melaksanakan ibadat puasa dengan sebaik-baiknya seperti
diperintahkan Allah.

Dalam konteks ini, ibadat puasa adalah wahana terbaik ke arah
perubahan dan reformasi secara menyeluruh dari aspek mental, jasmani
dan rohani. Perubahan ini bukan hanya dapat dirasai orang
perseorangan, malah sebuah keluarga, masyarakat mahupun negara secara
kolektif.

Perubahan dan reformasi mental yang disasarkan oleh ibadat puasa
adalah medan perjuangan bakal melahirkan peribadi cemerlang yang
memiliki daya pemikiran tepat, bernas dan fleksibel dalam mendepani
pelbagai cabaran dan rintangan.

Seorang Muslim yang berpuasa sudah terbentuk dalam kotak pemikirannya
untuk memelihara adab berpuasa. Perkara ini penting supaya mereka
tidak melakukan sesuatu yang mencacatkan kesempurnaan puasanya. Ibadat
puasa juga mengajar seorang Muslim supaya bersifat jujur terhadap
dirinya, di samping menginsafi pengawasan Allah terhadap segala
gerak-geri dan tindak-tanduknya.

Selain itu, perubahan dan reformasi mental akan terpantul dalam
konteks hubungan kemasyarakatan apabila wujudnya sifat kasih sayang,
bantu membantu dan mengutamakan keperluan golongan susah dalam jiwa
setiap Muslim yang berpuasa.

Dalam erti kata lain, ibadat puasa berfungsi menyatukan umat dalam
naungan Islam, kembali kepada fitrah dan bersama berganding bahu
memacu kegemilangan umat Islam.

Jelas bahawa ibadat puasa mengajar umat Islam pentingnya kesepaduan
atau hubungan ukhuwah jitu sesama umat Islam, terutama kesedaran dalam
membantu fakir miskin. Oleh itu, Islam amat menganjurkan umatnya agar
memberikan sumbangan, derma, sedekah, zakat dan amalan sosial lainnya
kepada golongan itu.

Dengan ini, puasa Ramadan bukan saja berupaya memantapkan hubungan
kekeluargaan dan persaudaraan ummah sejagat, malah amalan sosial itu
berperanan membebaskan umat Islam daripada kotoran jiwa berkaitan
harta benda seperti tamakkan harta, kikir dan penyakit jiwa lain.

Tidak ada komentar:

Blog update pilihan

Komen @ Pandangan

Photobucket - Video and Image Hosting

Boikot Barangan Israel!!

* Senarai produk yang perlu diboikot:
<< inminds.com >>


Photobucket - Video and Image Hosting


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Photobucket - Video and Image Hosting