=========>>------------TAZKiRAH-
Senin, 17 November 2008
Video Sajak Kematian
Peliklah video keagamaan begini ditentang hebat sampai report polis bagai tetapi apabila anak-anak kita yang berumur satu tahun pun di"paksa" melihat cerita atau iklan untuk cerita tahyul dan hantu seperti di TV3 setiap malam Jumaat seperti Kekasihku seru dan Puaka Niyang Rapik tidak pula mendapat bantahan.
Pada saya video tersebut amat bagus sekali dan memberi gambaran mengenai siksa kubur yang mengingatkan kita kepada kematian. Untuk anak-anak pula yang cepat belajar dari visual akan memberi satu kesan yang akan mereka ingat sampai mereka dewasa. Entahlah...itu pendapat peribadi saya yang jahil ni shj..
Untuk download video Sajak Kematian sila download:-
Blog update pilihan
Komen @ Pandangan
Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai
kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk
buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di
seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata
orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita
telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger
King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut
pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang
mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada
orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk
mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah
pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka
melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai
manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi?
Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam
hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi
bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi
mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup
konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya
bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda
semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas
itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr
al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda
semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya
bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad
al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah
akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan
untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk
mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka
telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela
membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi
keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia
Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan
persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar
kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)
Laman Web Terpilih
Al-Khairiah
semoga mendapat manfaat. Syukran..Ibnukhir108
Akhbar-Akhbar
Berita Harian |Utusan Malaysia | News Strait Times | Berita Harian Singapura |Harian Metro| AgendaDaily|Republika Indonesia | Kompas |
Al Ahram (Egypt) | Al-Islam A'la Internet | Al Jumhuriah(Egypt)| Al Syaab(Egypt) | Al-Meesa(Egypt)| Al-Wafd (Egypt) | Al-Ayyam (Bahrain) |Aljazeera.net| IraqNet dan Lain-lain
Koleksi Kedai-Kedai Kitab
Al-Kitab (Arab)| Darul Nukman | Darussalam | Darul Fikr
Laman Pendidikan
Dewan Bahasa dan Pustaka | |Kementerian Pendidikan Malaysia | INTAN Laman-Laman Sekolah | Senarai Nama Perpustakaan | Senarai Nama Universiti & Kolej | Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITAR) | Pusat Pengajian Al-Amin
Ilmu Teknologi Maklumat
Kamus Antarabangsa | Kamus Melayu-Inggeris | Kamus Arab/Inggeris | Senarai Harga Perisian Arab | Perisian Arabic I Perisian Arabic II | Apa itu Mirc? | Apa itu Internet? | Sembang-sembang | Perisian Antivairus | Perisian Melayu(Softrade)|Soal Jawab Komputer |
Melayu.Com| http://www.sakhrsoft.com/ | Belajar Bina Laman Web|Perisian TelefonNet (Free)| Mesra Net (Vchat)
Khasiat Asma Ul Husna | Fadhilat Bismillah | Sejarah Solat 5 Waktu | Peristiwa Tulisan Agung | Keagungan Allah| Penghinaan Terhadap Islam |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar